Semakan Rayuan & Tarikh Pembayaran Bantuan Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS)

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0? Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan tarikh pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 buat rujukan anda. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS) khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang terkesan akibat pelaksanaan PKP. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500. Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang dan Isi Rumah B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one-off untuk bujang dan RM1,500 untuk isi rumah RM250 setia...