Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri dan Suri Rumah Insentif RM250 Setahun

CARA MUDAH DAFTAR I-SARAAN KWSP BAGI YANG BEKERJA SENDIRI DAN SURI RUMAH Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri dan Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan satu insentif baharu iaitu i-Saraan khususnya kepada golongan yang bekerja sendiri termasuk surirumah yang ingin membuat caruman KWSP. Menurut Pelan Pemulihan Ekonomi, pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan. Mereka boleh membuat pendaftaran i-Saraan KWSP dengan memuat turun borang permohonan di laman web KWSP atau hadir sendiri ke kaunter KWSP. i-Saraan atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah merupakan program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Pencarum juga berpeluang menerima insentif khas kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli di bawa...