Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM1,000 Sebulan

Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.

I-CITRA KWSP

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.

SYARAT PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit.

Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021

TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA KWSP

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Online Permit Bantuan Sarawakku Sayang Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP - Tarikh Tutup 30 Januari 2023

Jawatan Kosong di Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia